-->

Lelaki saman hospital RM1.9 bilion kerana trauma, selepas dipaksa melihat isterinya bersalin secara pembedahan

Seorang lelaki bernama Anil Koppula memfailkan saman terhadap Hospital Wanita Diraja di Melbourne, Australia kerana memaksanya melihat isterinya bersalin secara ‘caesar’ (pembedahan).

Koppula mengakui, pembedahan yang dilakukan pada 2018 itu menyebabkan dia mengalami penyakit psikotik, gangguan serius yang menjejaskan minda serta merosakkan perkahwinannya.

Koppula memfailkan saman itu beberapa tahun selepas isterinya berjaya menjalani pembedahan caesarean itu dan anaknya kini membesar dengan sihat.

Dalam saman itu, Koppula mendakwa dia dipaksa oleh kakitangan hospital untuk melihat proses kelahiran anaknya.

Disebabkan itu, beliau meminta ganti rugi berjumlah AUS$642 juta (RM1.9 bilion).

Bagaimanapun, pihak hospital menganggap Koppular tidak boleh menuntut ganti rugi itu tanpa membuktikan berlakunya kecederaan atau kesan yang serius daripada perkara itu.

Hakim James Gorton pada Isnin lalu memutuskan bahawa, tuntutan saman yang difailkan oleh Koppula adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Sumber: Times Now News

The post Lelaki saman hospital RM1.9 bilion kerana trauma, selepas dipaksa melihat isterinya bersalin secara pembedahan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar