-->

‘Pagi tadi aku dah sapu, dia buang sampah merata pulak’ – Lelaki warga asing disepak pemilik kedai kerana kotorkan depan premis

Padah membuang sampah merata, seorang lelaki warga asing disepak oleh pengadu yang tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak bermoralnya itu.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Johor Bahru itu, pengadu terdahulu memaklumkan dia telah membersihkan kawasan di hadapan premis perniagaannya.

Bagaimanapun, datang sekumpulan warga asing yang dipercayai warga Bangladesh, melepak berdekatan premis pengadu.

“Pagi tadi aku sapu, ni dia minum, kalau dia buang sampah merata, aku sepak kepala dia,” kata pengadu.

Ternyata tekaannya benar-benar berlaku. Pengadu terus menghampiri dan menyepak kaki warga asing terbabit. Pengadu dengan tegas meminta lelaki itu membuang sampahnya di tong sampah yang telah disediakan.

“Ba##, kim## lu buang sampah dekat sini. Buang dekat sana la bod#h! Buang je la, banyak cakap pulak. Buang dekat sana, tong sampah. Bukannya buat dekat sini merata.

“Tong sampah, tahu apa itu tong sampah? Dustbin batu tak Dustbin? Pergi buang sampah dekat tong sampah!”

Malangnya warga asing itu kelihatan keliru atau mungkin tidak memahami percakapan pengadu, sebelum dijelaskan oleh rakan senegara.

Kejadian itu turut disaksikan oleh warga asing lain yang mula beredar kerana bimbang dimarahi oleh pengadu.

Sumber: Instagram

The post ‘Pagi tadi aku dah sapu, dia buang sampah merata pulak’ – Lelaki warga asing disepak pemilik kedai kerana kotorkan depan premis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar