-->

‘Kau jangan buat hal dengan aku, jangan sampai kau balik nanti pipi kau berbekas’ -Viral video anggota polis mengasari bakal isteri

Tular satu video suara seorang wanita menangis kesakitan akibat dikasari oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan anggota polis. Video yang dirakamkan itu dikatakan berlaku seminggu sebelum berkahwin.

Difahamkan, pelaku bertindak demikian kerana mangsa dipercayai telah menegur pelaku yang berlaku curang.

“Seminggu sebelum berkahwin, si terpaling polis bahagian jenayah ni kantoi curang, main dengan perempuan sana sini.

“Bila bakal isteri confront tanya dan tegur, dia mengamuk dan salahkan pula bakal isteri. Dia yang buat hal, dia tuduhnya bakal isteri buat hal,” tulis satu kenyataan.

Video secara sembunyi itu dikatakan telah dirakam dalam sebuah kereta.

“Kau jangan buat hal lagi tau dengan aku. Jangan sampai kau balik nanti, pipi kau berbekas. Kau nak kawhin dengan aku tak nak?” soal anggota polis tersebut sambil memukul wanita itu.

Suara wanita itu semakin jelas kedengaran menangis setelah dipukul berkali-kali sambil dia menjawab setuju untuk berkahwin.

“Sekali aku pukul kau, sampai kahwin aku pukul kau, sebab kau tak nak jaga perangai kau elok-elok. Kau nak bagitahu bapak aku ke aku curang?” kata anggota polis itu lagi.

Mengaku kaki perempuan

Susulan rakaman video tersebut tular, anggota polis tersebut tampil membuat penjelasan.

“Bila saya tengok video tu, kita lelaki memang tak patut la berperangai macam apa yang saya buat tu ibarat Nabi tak mengaku umat, dikira dayus. Saya sedar benda tu. Saya sedar saya dah mengasari dia.

“Saya tak berapa ingat punca kenapa mungkin sebab dia tuduh saya curang. Waktu tu saya memang banyak perempuan, saya memang kaki perempuan. Saya jumpa perempuan tu, saya dating dengan perempuan tu senyap-senyap.

“Mungkin ketika kejadian tu, dia membebel, dan saya pulak jenis tak tahan jadi baran, geram, mengamuk dan saya telah mengasari dia,” katanya.

Menyamakan tindakannya dengan Hafidz Roshdi

Sedar dirinya dikecam ramai, lelaki ini turut memberikan persamaan apa yang telah dilakukan oleh pelakon Hafidz Roshidi terhadap bekas isterinya dulu adalah sama dengan tindakan yang dilakukan.

“Artis Hafidz Roshidi pun terpukul bini dia sekarang dah cerai. Sama la jugak dengan aku. Tak semua lelaki tu dayus. Kami bukan bodoh tak berakal apabila nafsu syaitan dah kuasai diri, ini la jadinya. Jangan nak kecam kami sangat,” tulisnya.

Isu ini bukan sahaja telah mendapat perhatian netizen, malahan selebriti dan usahawan terkenal, Caprice turut terpanggil mengulas isu ini.

Sumber: Cikgu Anep

The post ‘Kau jangan buat hal dengan aku, jangan sampai kau balik nanti pipi kau berbekas’ -Viral video anggota polis mengasari bakal isteri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar