-->

‘Aku dah insaf, insya-Allah Allah akan tolong aku selesaikan kes ini’ – Anggota polis terbabit kes kasari bakal isteri, akui sudah bertaubat

“Aku dah terangkan semuanya. Apa-apa terjadi kat aku, aku berserah kepada Allah jelah,” kata anggota polis yang didakwa mengasari bakal isterinya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Baca artikel berkaitan:

Menurut lelaki itu, dia menyesali perbuatannya dan telah insaf. Apatah lagi telah banyak melakukan sembahyang taubat dan percaya Tuhan telah mendengar rintihannya itu.

“Lagi pun aku dah insaf, aku dah banyak kali sembahyang taubat. Setiap kali aku sembahyang fardhu, aku percaya Allah Maha Mendengar taubat aku.

“Insya-Allah hal ini takkan lama. Insya-Allah Allah akan tolong aku selesaikan kes ini.

“Selamatkan aku yang sudah tidak terdaya cacat ini sebab aku memang ikhlas nak berubah demi Allah. Aku percaya Allah Maha Adil,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instastorynya 12 jam lalu.

Terdahulu, anggota polis berkenaan didakwa mengasari bakal isterinya selepas mangsa menegur mengenai perbuatan curangnya seminggu sebelum berkahwin.

Sumber: Instagram

The post ‘Aku dah insaf, insya-Allah Allah akan tolong aku selesaikan kes ini’ – Anggota polis terbabit kes kasari bakal isteri, akui sudah bertaubat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar