-->

Gugurkan 47 kes rasuah Zahid Hamidi: Syed Saddiq tarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan akan menarik balik sokongannya terhadap kerajaan di Dewan Rakyat, esok.

Menurut Presiden Muda itu melalui ciapan di Twitternya jam 6.11 petang tadi berkata, surat telah dihantar kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul pada tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Muda tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN). Sebaliknya Muda hanya akan menjadi kuasa ketiga dan kekal menyokong agenda kerajaan apabila mengundi (di Dewan Rakyat) mengenai reformasi perlembagaan dan institusi.

Cubaan menormalisasikan rasuah

“Muda telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang third force sebagai tanda protes kerana kerajaan hari ini menggugurkan 47 kes rasuah (yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi).

“Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah. We cannot and will not tolerate this unprincipled move.

“Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar. Saya akan jawab segala soalan di sesi live jam 8.30 malam. Muda kekap berprinsip,” katanya dalam ciapan tersebut.

DAP beri peringatan kepada Syed Saddiq

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq untuk tidak melupakan jasa Pakatan Harapan (PH) yang membantu kemenangannya di Kerusi Parlimen Muar di Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Saya perlu ingatkan Syed Saddiq menang (Parlimen Muar) atas kerjasama dan persefahaman bersama PH dan ini bukan kemenangan peribadi beliau.

“Jangan lupa, beliau bertanding di Parlimen Muar di atas persefahaman politik dengan PH. Kita berikan enam kerusi kepada Muda untuk bertanding dan tidak ada pertembungan. PH berikan laluan kepada beliau untuk menang di Muar,” katanya.

Syed Saddiq patut lepaskan jawatan & bertanding semula

Di ciapan Syed Saddiq, ramai netizen menggesa Ahli Parlimen berkenaan meletak jawatan dan bertanding semula sekiranya dia benar-benar berprinsip.

“Diharap Syed Saddiq turut melepaskan jawatan Ahli Parlimen Muar sebagai tanda protes terhadap rasuah serta tidak lagi diperkatakan kemenangan anda dan Muda adalah kerana kebergantungan kepada jentera Pakatan Harapan,” kata Panji Hitam Kuning.

“Jadi gentleman. Bertanding semula. Memang Muar bukan atas kaki sendiri tetapi buat keputusan ikut tekak diri sendiri je. Pulangkan mandat kepada rakyat Muar,” kata Tauhid Aziz.

Sumber: Twitter Syed Saddiq, MalaysiaKini, Astro Awani

The post Gugurkan 47 kes rasuah Zahid Hamidi: Syed Saddiq tarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar