-->

Budak berusia 2 tahun maut akibat tercekik buah anggur

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat tercekik buah anggur, selepas 10 hari menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat, terceckik ketika memakan buah anggur di rumahnya di Taman Merbok.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital swasta di Ayer Keroh untuk mendapatkan bantuan. Doktor berjaya mengeluarkan buah anggur berkenaan.

“Mangsa masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 9.23 pagi semalam ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking.

Sumber: Bernama

The post Budak berusia 2 tahun maut akibat tercekik buah anggur appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar