-->

‘Eh, sambut merdeka ke senam pagi?’ – TikToker dakwa rakyat kena scam kononnya ada sambutan ambang merdeka di Putrajaya

Tular satu video yang memaparkan kemeriahan sambutan ambang merdeka pada tahun 2017 yang dikatakan sangat meriah disambut di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri ketika itu turut menyertai ribuan rakyat Malaysia menunggu detik 12 malam bagi menyambut Hari Kebangsaan.

Netizen mula memuji sambutan yang diadakan pada tahun tersebut dan membandingkan sambutan ambang merdeka yang hambar pada tahun ini.

Mereka juga mendakwa telah diperdayakan oleh pihak tertentu mengenai sambutan ambang merdeka yang kononnya diadakan di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan sambutan ambang merdeka pada tahun 2017 itu dilihat meriah kerana disambut sekaligus dengan kejayaan sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menerusi perkongsian di TikTok juga dilihat orang ramai yang sudah membanjiri dataran Putrajaya untuk menyaksikan sambutan ambang merdeka baru-baru kelmarin. Namun, menjelang detik 12 malam hanya tulisan Merdeka sahaja yang dipaparkan pada layar besar.

@coach_abechid

“Nostalgia merdeka zaman Najib: Bunga api membara, jutaan senyuman berjaya dirakam. Aura meriah melanda rakyat! 🎆🇲🇾 Sekarang? Ambang merdeka Anwar: Lilin manusia beratur, tunggu berjam-jam. Eh, sambut merdeka ke senam pagi? 💃🤔 #MerdekaNajibStyle #LilinVsBungaApi RakyatRinduLaguGegarVaganza”

♬ original sound – Coach Abe Chid – Coach Abe Chid

“Ramai kena scam dekat Putrajaya. Nostalgia merdeka zaman Najib: Bunga api membara, jutaan senyuman berjaya dirakam. Aura meriah melanda rakyat!

“Sekarang ambang merdeka Anwar: Manusia beratur, tunggu berjam-jam. Eh, sambut merdeka ke senam pagi,” tulis Coach Abe Chid.

Namun begitu, netizen menyatakan tiada pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana pihak mengenai sambutan ambang merdeka akan diadakan. Sebaliknya, hanya mesej daripada Kementerian Komunikasi dan Digital yang mengajak orang ramai untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

“Apa yang scamnya, memang sambutan ambang merdeka tak ada dekat Putrajaya. Dekat Dataran Merdeka dah update ada. Yang datang malam tu sebab nak cop tempat,” tulis Ellia.

Sumber: TikTok Coach Abe Chid

The post ‘Eh, sambut merdeka ke senam pagi?’ – TikToker dakwa rakyat kena scam kononnya ada sambutan ambang merdeka di Putrajaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar