-->

‘Allahuakbar! Menggigil papa hari ni Ammara!’ – Murid viral pakai make-up ke sekolah, tersenyum puas dapat berjumpa dengan Agong

Baru-baru ini tular kenyataan seorang bapa yang mendakwa anak perempuannya, Ammara, dimarahi oleh guru gara-gara mengenakan solekan di sekolah ketika sambutan perayaan bulan kemerdekaan.

Kesan daripada itu, bapanya mengatakan anaknya itu telah menangis dan trauma. Walau bagaimanapun, guru tersebut dikatakan telah memohon maaf di atas kesilapannya.

Susulan isu tersebut menjadi tular, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya semalam juga, Ammara telah ditemu bual oleh beberapa stesen televisyen. Bahkan rezekinya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Ammara yang berbusana bertemakan hari kemerdekaan itu juga telah berpeluang bertemu secara langsung dengan Yang di-Pertuan Agong. Menerusi perkongsian di TikTok bapanya, Yang di-Pertuan Agong telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi bertemu dengan kanak-kanak itu.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

“Allahuakbar! Menggigil papa hari ni Ammara.

“KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.

“Pengiring rapat maklumkan kepada kepada Yang di-Pertuan Agong Ammara yang viral di TikTok,” tulisnya.

Turut dirakam ketika itu reaksi terkejut Raja Permaisuri Agong yang mendengar penerangan yang disampaikan oleh pengiring.

Kelihatan wajah kanak-kanak berkenaan seperti sebak dan terharu dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: TikTok

The post ‘Allahuakbar! Menggigil papa hari ni Ammara!’ – Murid viral pakai make-up ke sekolah, tersenyum puas dapat berjumpa dengan Agong appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar