-->

‘Dia sanggup runtuhkan rumah tangga saya, sampai anak pun tak nak tengok muka saya’ – Lelaki call stesen radio, dakwa isterinya dikebas pemimpin

Setiap pasangan mahukan yang terbaik dalam perkahwinan. Andai sudah tertulis jodoh menemui nokhtah atas kekhilafan masing-masing, setiap pasangan pasti reda dengan apa yang berlaku. Namun, jika berlaku penceraian atas pengkhianatan yang dilakukan oleh orang luar, kesedihan pasti ditanggung buat selama-lamanya.

Satu perkongsian oleh seorang lelaki di radio Sinar mengenai status perkahwinannya pada tahun 2016 itu berakhir kerana orang ketiga, meruntun hati netizen.

@sinar_my

Pagi tadi #PagiDiSINAR buka topik “hak anda yang pernah dirampas”. Berat ujian Abang Amzah ni. Seorang lelaki yang juga suami orang merampas isterinya hingga anak Abang Amzah sendiri tak mahu dengannya 😭🥺 Kita doakan semoga Abang Amzah mampu lalui semua ini 🙏🏻 #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #rumahtangga

♬ original sound – SINAR – SINAR

“Dari tahun 2020 sehingga sekarang saya dalam dilema disebabkan oleh seorang lelaki yang sanggup meruntuhkan rumah tangga saya. Pada masyarakat dia adalah sebagai leadership.

“Percubaan bertahun-tahun dan dia fund untuk penceraian ini kerana dia betul-betul berkehendakkan isteri dan anak-anak saya. Dia juga telah beristeri, saya tak tahu kenapa dia tak tahu pasal agama.

“Saya ada banyak bukti dan isteri dia pun pernah tangkap.

“Saya mohon doa rakyat Malaysia sebab hari Isnin 18 haribulan, sekali lagi saya akan ke Mahkamah dan dia telah ‘masuk’ ke anak saya sampai anak saya tak nak tengok saya,” katanya dengan sebak.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Amzah itu, dia telah mencuba rawatan Islam bagi memperbaiki rumah tangganya namun masalah tersebut berulang lagi.

“Saya dah pergi rawatan Islam dan isteri saya akan baik, lepas tu jadi balik. Dia sampai dah tukar kerja pun dia masih lagi. Tapi saya ada bukti semua tu.

“Dan yang paling saya kecewa anak saya tujuh tahun dah tak nak tengok muka saya,”katanya.

Diugut saman

Tambahnya lagi, si pelaku turut mengugut isterinya sendiri selain menggunakan agama untuk membela diri.

“Dia juga mengugut isteri dia sebab isteri dia tidak bekerja. Saya akan pastikan benda ni akan saya keluarkan walaupun dia saman saya.

“Dia cakap dia sembahyang tahajud, istikharah, Allah tunjukkan muka isteri saya. Cuba fikir, adakah Allah akan tunjukkan benda macam tu?

“Saya mohon doa tolong doa saya demi kebenaran,’ katanya.

Sumber: Sinar FM

The post ‘Dia sanggup runtuhkan rumah tangga saya, sampai anak pun tak nak tengok muka saya’ – Lelaki call stesen radio, dakwa isterinya dikebas pemimpin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar