-->

‘Bersihnya tempat ni, kawasan bunian ke?’ – Ramai salah faham bila jumpa kawasan bersih dalam hutan, sebenarnya burung Parochia punya kerja

Jika ada yang pernah masuk ke dalam hutan, pasti berjumpa dengan sesetengah kawasan yang kelihatan bersih dan seolah terjaga dengan baik. Ada yang bersangka dan mengaitkan kawasan tersebut merupakan perkampungan bunian dan perkara mistik yang lain.

Tetapi percayakah sebenarnya ‘kerja-kerja pembersihan’ itu dilakukan oleh seekor burung?

Menerusi satu perkongsian di TikTok, burung Parochia merupakan burung yang suka membersihkan satu-satu kawasan kerana mahu ‘berkahwin’.

“Burung Parochia ni dia bersihkan sebab dia nak kahwin. Dia akan bersihkan kawasan sekitar sebersih-bersihnya.

“Ini dikatakan satu ritual dia nak kahwin sehingga dia cabut akar-akar yang timbul dan tak ada sehelai daun pun jatuh. Burung ni akan bersihkan sebersih-bersihnya sebab dia nak sediakan tempat yang selesa kepada pasangan bila dibawa pulang,” katanya.

Parochia Jantan
Parochia Betina

Berdasarkan perkongsian itu juga ditunjukkan burung Parochia betina dan jantan. Burung jantan kebiasaannya burung yang lagi cantik dari burung betina.

“Masa sesi mengorat, burung jantan akan buat macam-macam untuk menarik perhatian. Dia akan kepakkan sayap dan menari sambil mengeluarkan bunyi.

“Bila burung betina bersetuju, dia akan membentuk keluarga yang bahagia di situ dan mereka akan sama-sama menjaga tempat tu.

“Habitat burung ni sangat bersih,” katanya.

Sumber: Saintis Fatimah

The post ‘Bersihnya tempat ni, kawasan bunian ke?’ – Ramai salah faham bila jumpa kawasan bersih dalam hutan, sebenarnya burung Parochia punya kerja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar