-->

‘Dia ni la yang tunjuk jari tengah tu’ – Pasangan warga asing yang kerap minta sedekah di kawasan hotspot, ditahan

Pasangan warga asing yang mempergunakan bayi untuk meminta sedekah di sekitar kawasan tumpuan orang awam di ibu kota, akhirnya dicekup malam tadi.

Melalui siaran langsung di TikTok Street Kaka, pasangan terbabit duduk di tepi jalan dan enggan menjawab pertanyaan dari beberapa individu yang menyoalnya.

Artikel berkaitan: ‘Wah! Siap tunjuk jari tengah lagi’ – Pasangan warga asing kantoi minta sedekah, lari bila dirakam orang awam.

Sumber gambar: Orang Awam

Berdasarkan percakapan dalam video tersebut, pasangan itu dikatakan selalu meminta sedekah di kawasan berdekatan KLCC. Ada juga yang mendakwa pernah melihat pasangan yang sama di Melaka dan Johor.

Bayi yang dibawa untuk melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu pul sentiasa bertukar. Mereka dipercayai menggunakan anak orang lain, berdasarkan beberapa rakaman video yang pernah tular di media sosial sebelum ini.

“Anak diorang tukar-tukar, bukan anak yang sama. Masa sama kitorang kena, diorang jerit dan maki kitorang. Sambil dia berjalan tu dia jerit-jerit. Dia ni la yang tunjuk jari tengah tu,” kata salah seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa mereka.

Pasangan berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Video penahanan pasangan warga asing ini ada di Telegram The Reporter.

The post ‘Dia ni la yang tunjuk jari tengah tu’ – Pasangan warga asing yang kerap minta sedekah di kawasan hotspot, ditahan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar