-->

‘Kami dalam proses perceraian’ – Noor Nabila sahkan bakal bercerai dengan Engku Emran

Noor Nabila dilaporkan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Keputusan itu dibuat selepas Emran dikatakan tidak mahu meneruskan rumah tangga mereka yang dibina sejak 2021.

“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, ketika dia beritahu hasratnya,kami berbincang secara baik dan tenang, serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

“Jodoh, ajal maut adalah aturan Allah SWT. Tiada sesiapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.

Nabila bagaimanapun tidak menyatakan punca rumah tangganya terjejas dan lebih selesa untuk tidak mendedahkan dan dijadikan sebagai pengajaran untuk diri sendiri.

Mohon hormat dan beri ruang

Sementara itu, Emran melalui hantaran di Instagramnya memohon orang ramai memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa yang sukar.

“Jaga adab serta hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga, mak dan ayah. Jangan sakiti hati mereka.

“Kami tak pernah kacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami redha. Hormati kehidupan kecil kami ini walaupun ia tidak sempurna.

“Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah daripada tidak terkawal.

“Selepas kata-kata saya ini, jika anda terus membuat andaian danc erita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda, itu adalah masalah anda dan anda perlu menjawab dengan Tuhan.

“Saya tidak pernah ambil pusing kepada khabar angin dan gosip murahan atau sampah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Kami dalam proses perceraian’ – Noor Nabila sahkan bakal bercerai dengan Engku Emran appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar