-->

‘Balik la Lily, takde siapa yang marahkan kau’ – Kakak dakwa adik sudah 13 hari hilang, ibu ayah berpanas hujan redah cari anak dengan motor

Demi anak, setiap ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kejayaan dan kebahagiaan, serta keselamatan anak-anaknya.

Begitu juga pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa gadis ini yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejak kembali anak perempuannya yang didakwa sudah 13 hari tidak pulang ke rumah.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh kakaknya di TikTok, tiga laporan polis serta hebahan telah dibuat mengenai kehilangan adiknya itu. Namun sehingga kini, tiada sebarang berita yang diterima.

“Jangan ajarkan ayah ku erti kesabaran. Mereka sanggup berulang alik dari Kluang ke Simpang Renggam turun ke kawasan kelapa sawit Kulai semata-mata untuk mencari adik aku yang dah 13 hari tak balik.

“Hari-hari mama ikhtiar supaya ada orang yang jumpa kau (adik) dalam keadaan selamat.

“Sanggup dari Kluang kami pergi ke Kulai dengan hanya menaiki motor untuk cari kau Lily. Dapat info dari orang awam terus gerak tanpa cakap banyak sebab kami tak punya sebarang petunjuk.

“Semoga Allah gerakkan hati kau untuk balik, Lily. Kesian dekat Mama dan Papa,” tulisnya.

Kali terakhir adiknya dilihat oleh orang ramai di sebuah stesen minyak Caltex Renggam Jaya menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira.

Orang ramai yang melihat remaja berkenaan diminta segera menghubungi keluarga remaja berkenaan.

Sumber: TikTok

The post ‘Balik la Lily, takde siapa yang marahkan kau’ – Kakak dakwa adik sudah 13 hari hilang, ibu ayah berpanas hujan redah cari anak dengan motor appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar