-->

‘Anak polis detektif konon, padahal anak orang miskin’ – Pelajar dibuli rakan sekelas, ditumbuk sampai trauma tak nak pergi ke sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Satu di Sabah mendakwa dia menjadi mangsa buli rakan-rakan kelasnya. Ibu mangsa mendedahkan, kelakuan anaknya berubah selepas kejadian itu dan terkini remaja terbabit enggan hadir ke sekolah.

Menurut Famellia Fame, semasa berada di sekolah rendah, anaknya sangat bersemangat pergi ke sekolah dan berjaya memperoleh pelbagai anugerah. Tetap selepas tiga bulan masuk ke sekolah menengah, keadaan yang sebaliknya berlaku.

“Bulan pertama kedua ketiga okay. Lepas tu dah mula malas nak pergi ke sekolah. Banyak tidur, malas mandi, malas buat apa-apa kerja sampailah kemuncaknya hari ini.

“Dua hari berturut tak mahu pergi ke sekolah selepas habis cuti seminggu yang lalu. Saya tanya dan desak sampai dia menangis, barulah dia berterus terang memaklumkan bahawa dia telah dibuli dan dipulau oleh rakan-rakan sekelas,” tulisnya.

Prestasi terganggu, emosi terjejas akibat dibuli

Kesan daripada insiden buli itu, prestasi pembelajaran mangsa turut terganggu. Mangsa mendakwa dia mula dibuli selepas sebulan masuk ke Tingkatan Satu bermula ketika guru bertanyakan jenis pekerjaan ibu bapa pelajar.

“Masa selepas sebulan masuk Tingkatan 1 itu, cikgu ada tanya bapa kerja dan ibu kerja apa. Dia jawablah, “Bapa saya polis detektif dan ibu saya berniaga”.

“Selepas saja cikgu keluar dari kelas (waktu rehat), budak-budak pembuli ini dah mula ejek anak saya.

“Phui! Anak polis detektif konon, padahal anak orang miskin penjual sayur di Tamu. Anak penjual sayur miskin, cengeng” – Pembuli

Selain diejek setiap hari, mangsa juga dibuli secara emosi. Selain kepalanya juga ditumbuk, dilempar dengan pelbagai jenis objek. Mangsa tidak dapat melawan kerana pembuli membawa rakan-rakannya bersama.

Enggan menaruh kepercayaan 100 peratus pada anak sendiri, si ibu telah bertanya kepada rakan-rakan sekelas mangsa.Ternyata apa yang dijelaskan oleh anaknya adalah benar-benar belaka.

Pelajar lain sahkan mangsa dibuli

“Syukur juga dapat respond dari pelajar lain yang jadi saksi, memang anak saya selalu dibuli di dalam kelas,” katanya.

Susulan kejadian itu, Famellia telah berjumpa dengan Guru PKHEM dan meminta mangsa dipindahkan ke kelas lain. Pelajar-pelajar yang terbabit dalam kejadian buli itu telah dipanggil ke bilik kaunseling.

Fameliia berharap pihak sekolah mengambil serius akan kejadian buli tersebut dan memastikan ia tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Sumber: Famellia Fame

The post ‘Anak polis detektif konon, padahal anak orang miskin’ – Pelajar dibuli rakan sekelas, ditumbuk sampai trauma tak nak pergi ke sekolah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar