-->

Penumpang tercirit dalam pesawat, ramai merayu diberikan topeng oksigen & kapten terpaksa buat pendaratan cemas

Sebuah pesawat Delta Airlines dalam perjalanan dari Atlanta ke Barcelona terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas apabila salah seorang penumpangnya mengalami masalah kesihatan.

Insiden itu berlaku selepas dua jam penerbangan pada 1 September lalu. Pusat kawalan trafik udara terdahulu menerima mesej daripada juruterbang yang memaklumkan mereka tentang ‘biohazard’ di atas kapal.

“Kami mempunyai penumpang yang mengalami cirit birit sepajang perjalanan,” kata juruterbang berkenaan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan juga mengesahkan laporan itu menerusi kenyataan ringkasnya di laman Reddit.

“Penumpang cirit-birit di dalam pesawat,”.

Perkara itu turut disahkan oleh beberapa individu yang mendakwa berada dalam pesawat berkenaan pada hari kejadian. Mereka menggambarkan keadaan pada waktu itu sangat teruk sehingga lorong di antara tempat duduk juga terjejas.

Selepas kejadian itu, penumpang dan anak kapal dipindahkan ke pesawat lain. Mereka tiba di destinasi mereka, lewat lapan jam daripada waktu ketibaan yang dijadualkan.

Tidak diketahui sama ada penumpang yang mengalami masalah usus itu turut menaiki penerbangan kedua itu.

Seorang pengguna TikTok yang mendakwa dia berada dalam pesawat tersebut berkongsi video menunjukkan keadaan dalam pesawat di mana kelihatan banyak kain putih digunakan untuk menutupi kesan-kesan cirit itu.

Sementara itu, Pegawai Delta Airlines memohon maaf di atas kejadian itu dan mengesahkan pesawat tersebut telah dibersihkan sebelum dibenarkan untuk terbang semula.

Sumber: Mothership

The post Penumpang tercirit dalam pesawat, ramai merayu diberikan topeng oksigen & kapten terpaksa buat pendaratan cemas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar