-->

‘Aku tak malu hidup macam ni, aku lagi malu hidup atas derita orang lain’ – Lelaki dari Sarawak pilih tinggal dalam kereta demi lunaskan hutang RM1 juta

Kisah pemuda ini mula mendapat perhatian ramai. Apabila dia memilih untuk berteduh di dalam kereta kerana tidak mahu terbeban dengan menyewa bilik.

Segala kesenangan yang dikecapinya dulu hanya tinggal kenangan. Gara-gara terjerat dengan pelaburan mata wang digital sekali gus mengheretnya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.

Ariff Peter juga telah membuat keputusan untuk menjual perniagaan penternakan lembu, dua rumah, tiga kereta termasuk kereta import dan sebuah van. Untuk membayar semula wang mangsa.

Menerusi satu laporan, Ariff Peter berkata, kesilapannya terlalu percaya pelaburan itu yang menggunakannya sebagai ‘duta’ untuk menarik orang ramai melabur dengan alasan dia sudah berjaya dalam perniagaan.

Niatnya mahu membantu orang ramai, namun dia tidak menyangka semua individu bersamanya dalam pelaburan itu menghilangkan diri dengan mangsa meminta semula wang masing-masing selepas berasa tertipu.

Hutangnya berbaki RM100,000 dan dia masih meneruskan semua kerja sampingan untuk menyelesaikan baki dan tidur dalam kereta walaupun sudah sebulan mendapat pekerjaan tetap dengan gaji bulanan agak lumayan.

Ariff Peter turut menerima tempahan menghasilkan poster perniagaan, copy writing dan pelbagai kandungan video selain perkhidmatan penghantaran barang.

“Dari RM1 juta lebih ke RM100,000 aku bayar. Pejam celik dari 7 angka ke 6 angka dan sekarang hampir ke 5 angka. Dalam masa ni aku buat apa sahaja asal hutang dapat dibayar. Aku tak malu hidup macam ni.

“Aku lagi malu kalau aku hidup bermewahan hasil penderitaan orang lain,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro, Ariff Peter

The post ‘Aku tak malu hidup macam ni, aku lagi malu hidup atas derita orang lain’ – Lelaki dari Sarawak pilih tinggal dalam kereta demi lunaskan hutang RM1 juta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar