-->

‘Silap saya bawa kawan baik masuk ke rumah’ – Wanita akui rumah tangga musnah disebab BFF jalin hubungan sulit dengan suaminya

Selain daripada keluarga, kawan merupakan individu yang dipercayai untuk berkongsi segala masalah dan pendapat. Namun, dalam berkawan, sikap berhati-hati juga perlu diamalkan supaya dapat mengelak sesuatu perkara yang buruk akan berlaku.

Menerusi satu wawancara di stesen radio Suria Malaysia, seorang wanita mendakwa telah dikhianati oleh rakan baiknya sendiri.

Pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa, tetapi disangka rakannya itu sanggup berhubung mesra dengan suaminya.

@suriamalaysia

Kawan makan kawan Bila dengar takut ya Minta dijauhkan dari orang-orang begini, bila tak tolong kasihan bila ditolong jadi begini @ajakshiro @shuibsepahtu @surayaborhan #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

“Saya ada kawan baik yang sangat baik dengan saya dan dia juga adalah bakal tunang kepada abang saudara saya. Setiap kali ada masalah, saya sentiasa ada dengan dia. Kesilapan saya adalah saya bawa dia masuk ke rumah saya. Setiap kali dia ada masalah, dia akan datang rumah saya,” katanya.

Perubahan rakan

Semakin lama, pengadu mula dapat melihat perubahan rakannya.

“Makin lama makin lain sebab dia makin kerap datang rumah bila ada masalah dengan abang saudara. Kebetulan ketika itu, saya tidurkan anak dan saya tertidur sekali. Waktu tu suami masih ada sebelah saya. Lepas tu saya terjaga dalam pukul 2 pagi, saya tengok suami tak ada kat sebelah.

“Rupa-rupanya berdua-duaan dekat luar rumah, berdekat-dekatan macam bergurau senda.

“Hati saya luruh sangat tahu masa tu sedangkan saya banyak tolong dia, setia dengan dia. Sampai satu tahap saya rasa nak menguji kedua-duanya sekali,” katanya.

Kantoi

Pengadu cuba untuk mendapatkan bukti tentang sejauh mana hubungan rakan baik dan suaminya itu.

“Dekat situ la kantoi bila saya pegang handset suami waktu tu dan saya mesej kawan guna handset dia (bekas suami). Saya taip dalam mesej tu ‘Sayang, abang nak keluar ni. Bawa anak dengan isteri’. Dan dibalas ‘Layan kan je dua-dua tu, macam kita tak ada live,” katanya.

Sebelum ini, pengadu berkata rakannya yang lain pernah melihat suaminya ketika itu bersama dengan Wanita lain. Namun apabila pengadu hubungi suaminya, dia cuba berbohong mengatakan motosikalnya rosak. Apabila pengadu menyatakan hasrat mahu membantu, pelbagai alasan yang diberikan.

Rupa-rupanya suami dan rakan baiknya itu menonton wayang di sebuah pusat beli belah.

Buat keputusan keluar dari rumah

Selepas mengetahui segala-galanya tentang kecurangan suaminya, pengadu membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Namun telah diugut oleh suaminya.

“Kalau saya pergi, anak dia akan ambil. Kalau saya masih bersama dia, saya akan disakiti. Tapi saya tetap keluar, saya pasrah je. Saya sangat struggle sebab hilang anak saya,” katanya.

Setelah enam tahun bergelar ibu tunggal, pengadu akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang lebih sayang dan menjaga hatinya.

Sumber: Suria Malaysia

The post ‘Silap saya bawa kawan baik masuk ke rumah’ – Wanita akui rumah tangga musnah disebab BFF jalin hubungan sulit dengan suaminya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar