-->

2 remaja lelaki hisap vape dalam asrama jadi punca mereka dipukul sekumpulan pelajar

Baru-baru ini tular di media sosial video menunjukkan beberapa pelajar dibuli dalam kejadian yang berlaku di asrama sekolah menengah di Ranau, Sabah.

Ketua Polis Daerah Ranai, Deputi Superintendan Simiun Lomudin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada petang Jumaat lalu.

Berdasarkan video berdurasi lebih dari lima minit itu menunjukkan, dua pelajar terbabit ditampar, ditumbuk di bahagian muka dan belakang badan. Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak melawan kerana ketakutan.

Ekoran penularan video itu, polis telah menahan 10 pelajar berusia 15 hingga 17 tahun untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada 3 Ogos lalu sebelum tular di media sosial beberapa hari lalu.

Sekumpulan pelajar terbabit mengakui mereka tidak berpuas hati dan memukul dua mangsa berkenaan yang didapati menghisap vape (rokok elektronik) sehingga menimbulkan masalah kepada pelajar asrama lain.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. Kesemua suspek kini dalam tahanan polis dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai.

Sumber: Harian Metro

The post 2 remaja lelaki hisap vape dalam asrama jadi punca mereka dipukul sekumpulan pelajar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar