-->

‘Kedai telekomunikasi, tapi dia jual sayur’ – Penduduk Seremban bengang warga asing sesuka hati berniaga di kaki lima

Bahagian Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kelmarin menyerbu kedai dan gerai haram warga asing di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, selepas video aduan orang awam tular di media sosial.

Exco Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, serbuan yang dijalankan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) dibuat pada jam 8 hingga 9.15 malam.

Pemeriksaan mendapati, kawasan tersebut dikuasai oleh warga asing dari Bangladesh dan membuka gerai haram, termasuk warung menjual makanan dari negara mereka di hadapan kedai.

Selain itu, warga asing terbabit juga menjadikan kawasan tersebut untuk menjual sayur dan buah-buahan di kaki lima.

https://ift.tt/0cnLQ8q

Siasatan lanjut kemudian mendapati, dua kedai runcit yang diserbu itu rupanya dikendalikan oleh warga asing. Sedangkan lesen perniagaan runcit yang diberi oleh MBS adalah milik rakyat tempatan.

Ekoran itu, MBS telah menyita dua premis tersebut atas kesalahan menjual barangan di kaki lima tanpa kebenaran pihak berkuasa, mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBS 1981.

Sementara itu, semua barangan gerai haram di hadapan kedai berkenaan turut disita dan disimpan di Stor Penyimpanan MBS untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular video warga asing menjadikan kawasan itu seperti di negara mereka sendiri yang mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Kedai telekomunikasi, tapi dia jual sayur’ – Penduduk Seremban bengang warga asing sesuka hati berniaga di kaki lima appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar