-->

‘Yang mana nak boikot bisnes, Nissa redha’ – Bisnes YouTuber diancam boikot selepas tegur masalah air Kelantan

Hanya kerana menyuarakan masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Kelantan di media sosial, pasangan pempengaruh Syahmi Sazli dan isterinya, Anissa Faizul, kini terpaksa berdepan dengan ancaman boikot dan tuduhan penunggangg OKU.

Walaupun Syahmi sebelum ini sudah menjelaskan bahawa kenyataan yang dimuat naik oleh Anissa sebelum ini hanyalah sekadar pandangan yang tidak membawa maksud meminta untuk menukar kerajaan negeri. Namun, netizen dari Kelantan tidak menerima penjelasan itu.

Malah, mereka menyalahkan Anissa yang dikatakan tidak membuat kaji selidik sebelum mengeluarkan kenyataan yang jelas menghentam Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

Menyedari ancaman boikot terhadap perniagaan mereka dimuat naik oleh admin komuniti Facebook Anak Kelantan, Anissa tampil memberi kenyataan berikut.

“Nissa minta maaf tentang isu Nissa bersuara hari tu menyebabkan ada pihak kurang senang.

“Yang mana nak boikot bisnes Nissa dan Syahmi, Nissa redha saja. Setiap pilihan yang dibuat pasti ada risikonya,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran itu ada netizen berpendapat Anissa tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Lebih-lebih lagi pada musim Pilihran Raya Negeri (PRN) di mana semuanya menjadi sensitif secara tiba-tiba.

“Tak salah Nissa bersuara, tetapi tidak kena pada masa. Sebab musim ini kak, nak PRN. Jadi semua orang panas sikit. Orang tua-tua kata, tak boleh silap kecek,” kata Nor Fazylinda.

“Itu silap Nissa. Silap timing share status tu. Mungkin selepas 12 haribulan baru boleh bersuara,” balas Anissa.

Ramai netizen meminta Anissa tidak mengendahkan ancaman boikot itu kerana dia juga rakyat yang berhak menyuarakan masalah rakyat pada bila-bila masa.

Malah, tindakan netizen mengancam boikot itu seolah-olah merekalah yang memberi rezeki kepada Anissa selama ini. Sedangkan rezeki itu datang daripada Allah Maha Pemberi Rezeki.

Sumber: Facebook Anissa Faizul, IRDK, Anak Kelantan

The post ‘Yang mana nak boikot bisnes, Nissa redha’ – Bisnes YouTuber diancam boikot selepas tegur masalah air Kelantan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar