-->

Bapa & anak maut, Perodua Kancil dipandu melebihi 170 km/j terbabit dalam kemalangan di lebuhraya

Dua beranak dilaporkan maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada jam 11.30 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pemandu Kancil berusia 30 tahun maut di lokasi, manakala anaknya berusia dua tahun meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu, isterinya yang berusia 28 tahun dan seorang lagi anak berusia lima tahun mengalami kececderaan parah.

Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu oleh mangsa dalam perjalanan ke Melaka dari Kajang. Tiba di lokasi, tayar kereta mangsa dipercayai pecah, lalu menyebabkan kenderaannya yang dipandu di lorong kanan hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan.

Kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan lain jenis Perodua Myvi. Bagaimanapun dua pemandu dan seorang penumpang hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini
Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini
Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

Video dashcam daripada saksi kejadian turut tersebar di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, kenderaan tersebut dipandu melebihi 170 km/j sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Harian Metro, Isu Semasa Official

The post Bapa & anak maut, Perodua Kancil dipandu melebihi 170 km/j terbabit dalam kemalangan di lebuhraya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar