-->

‘Minta dijauhkan gua dengan politik ya, itu hanya cakap macam melawak saja, spontan’ – Awie nafi hentam Pakatan Harapan di konsert

Baru-baru ini penyanyi rock terkenal, Awie telah mengadakan konsert di Singapura. Dalam persembahan itu, Awie ada menyelitkan lagu yang menjadi tular di dalam TikTok, Malam Pagi yang sentiasa menjadi siulan anak-anak muda. Awie turut menyentuh lirik lagu tersebut sambil berjenaka.

Semasa bercakap mengenai lagu tersebut, tiba-tiba satu suara dari penonton menyebut perkataan ‘harapan’. Awie yang mendengar jeritan tersebut terus menjawab dengan spontan.

“Tengoklah kalau ada harapan. Rasanya Pakatan Harapan tu nak tumbang dah tu kat Malaysia. Entah ada harapan ke tak, tak tahulah.

“Baiklah, kita doakan yang terbaik untuk politik Malaysiaku tercinta,” katanya.

Kenyataan Awie pada konsert tersebut telah mengundang pelbagai persepsi. Namun begitu, melalui satu ciapan, tersebar satu perbualan menerusi aplikasi Whatasapp antara Dato’ Awie dan juga Dato’ Afdlin Shauki mengenai isu tersebut.

Berdasarkan mesej itu, Awie menyatakan dia hanya membuat lawak secara spontan namun mengakui salahnya yang membuat kenyataan tidak kena dengan tempat dan masa yang sesuai.

“Minta dijauhkan gua dengan politik. Itu hanya cakap macam melawak saja. Spontan. Mungkin tak kena pada tempat dan masa. Itu salah salah gua. Cuma masa tu gua nak nyanyi lagu Harapan. Gua relate kan lah sikit situasi yang gua nampak.

“Lepas tu gua mintak doakan politik Malaysia ni jadi baik dan bagus. Gua tak sengaja. Sorry, bro,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Dato’ Afdlin memahami situasi tersebut dan menyatakan ada yang menghantar mesej kepadanya bertanyakan insiden itu.

“Gua tahu lu bro, itu yang gua cakap lu melawak saja. Cuma semalam siap pm tanya aku, sebab tanya so aku cover macam tu lah,” katanya.

Sumber: Twitter

The post ‘Minta dijauhkan gua dengan politik ya, itu hanya cakap macam melawak saja, spontan’ – Awie nafi hentam Pakatan Harapan di konsert appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar