-->

‘Baju apa dia pakai tu?’ – Netizen terkejut tengok penampilan wanita ini di pusat beli belah PJ

Penampilan seorang wanita muda dalam video tular di TikTok dua hari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan video tersebut diterbitkan oleh Jodoh Finder, yang bertanya kepada wanita di luar sana secara rawak mengenai ciri-ciri lelaki kegemaran mereka.

Dalam video yang tular itu membabitkan seorang wanita muda bernama Dania. Rakaman video tersebut dipercayai dibuat di pusat beli belah, One Utama.

Dalam keadaan bersahaja, Dania menjawab soalan-soalan yang diberikan. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah pemakaiannya yang begitu seksi sehingga menampakkan bahagian aurat wanita yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Menyedari video itu menerima banyak reaksi negatif termasuk mengecam pihak yang menerbitkan video tersebut, ruangan komen terus ditutup. Namun video itu masih dibuka untuk tontonan umum.

Sumber gambar: Kata Media

Sehingga kini, video tersebut hampir meraih jumlah 1 juta tontonan sejak dimuat naik dua hari lalu dan menerima tanda suka 17.6K.

Sumber: TikTok

The post ‘Baju apa dia pakai tu?’ – Netizen terkejut tengok penampilan wanita ini di pusat beli belah PJ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar