-->

‘Tukar kerajaan PAS kepada PH-BN, boleh selesaikan masalah air ke?’ – Soal Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah mempersoalkan apakah tindakan menukar kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS selama 33 tahun, dapat menyelesaikan masalah air.

“Kalau tukar kerajaan PAS, nak bagi dekat siapa (kerajaan)? Jika pentadbiran negeri ini diserahkan kepada gabungan BN-PH, ia tetap akan bermasalah,” katanya semasa berceramah pada malam Khamis di Kemuning.

Menurut Mohd Amar, kegagalan kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan isu air adalah berpunca daripada sekatan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Bagi dekat PH, Pulau Pinang, Selangor, tak ada masalah air ke? Mereka kata kita pusing (spin), tapi itulah hakikat sebenarnya.

“Sebab nak tukar, nak selesaikan masalah air. Bagi dekat PAS sudah 30 tahun tidak dapat diselesaikan. Dia tidak sedar, (BN) khianat peruntukan. 10 tahun kita tidak dapat peruntukan,” katanya.

Mohd Amad berkata demikian kerana hairan dengan pihak lawannya kerap kali menimbulkan isu air, sedangkan masalah tersebut tidak pula dimasukkan dalam manifesto BN-PH.

“Sepatutnya mereka jelaskan kepada rakyat, apa yang mahu dilakukan bagi menyelesaikan masalah air. Apa perancangan, pelan dan belanja apa yang diperlukan.

“Tapi yang keluar (tentang) parkir percuma, diskaun cukai. Patutnya jelaskan bagaimana nak selesaikan isu air, barulah nampak jantan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Tukar kerajaan PAS kepada PH-BN, boleh selesaikan masalah air ke?’ – Soal Mohd Amar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar