-->

‘Tindakan mereka merosakkan nama & reputasi kami’ – Pengurusan Alang’s Rawa Resort buat laporan polis, terima ugutan bunuh selepas diviralkan

Beberapa hari lalu, dua pempengaruh yang dikenali sebagai Bella Khan dan Noreen berkongsikan pengalaman mereka menginap di sebuah resort terkenal di Johor.

Dalam perkongsian itu, mereka mendedahkan bahawa pengalaman yang dilalui di resort berkenaan hanyalah ‘indah khabar dari rupa’ kerana kecewa dengan perkhidmatan dan persekitaran yang disediakan oleh pihak resort.

Susulan daripada perkongsian tersebut, pihak pengurusan Alang’s Resort telah tampil mengeluarkan kenyataan balas.

“Sebelum memuat naik hantaran di media sosial, Bella dan Noreen tidak sama sekali membuat aduan kepada pihak kami.

“Ada komunikasi secara langsung antara pihak pengurusan dengan mereka, ketika mereka menginap di sana atas sebab-sebab yang diketahui. Tetapi tidak boleh didedahkan.

“Itu bukanlah alasan untuk menghalang mereka daripada membuat aduan secara langsung kepada pihak resort,” kata kenyataan itu.

Pihak pengurusan resort juga telah menasihatkan mereka untuk membuat aduan melalui emel sekiranya ada masalah sepanjang penginapan mereka agar pihak pengurusan dapat menyiasat sebelum mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan Alang’s Rawa dan tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada dua pempengaruh tersebut.

“Tindakan mereka telah mendedahkan kami kepada kebencian dan penghinaan yang merosakkan nama dan reputasi baik kami. Selain itu kami juga menerima ugutan bunuh yang dianggap sangat serius.

“Selepas mempertimbangkan kesan serta keselamatan kakitangan kami, kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undangterhadap individu yang dinyatakan di atas serta mana-mana pihak ketiga yang memfitnah atau mengugut kami,” katanya.

Sumber: Instagram Alang’s Rawa

The post ‘Tindakan mereka merosakkan nama & reputasi kami’ – Pengurusan Alang’s Rawa Resort buat laporan polis, terima ugutan bunuh selepas diviralkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar