-->

‘Sebelum letak telefon dia kata, ‘Adik sayang mama sangat’, saya akan merindui segalanya mengenai arwah’ – Ibu kapten pesawat terhempas di Elmina

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, mengesahkan juruterbang pesawat terhempas di Elmina mempunyai pengalaman yang luas.

Beliau yang mengenali mangsa, Shahrul Kamal Roslan, 42, secara peribadi berkata, mangsa mempunyai kemahiran, pengalaman dan lesen penerbangan yang sah.

Selain itu, syarikat pengendali pesawat berkenaan, Jet Valet Sdn Bhd juga mempunyai lesen pendaftaran dan operasi yang sah.

CAAM kini sedang menunggu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Arwah anak yang manja, rapat dengan ibu

Sementara itu, ibu kepada Shahrul Kamal, Mahanom Ismail, 67, berkata, ayat terakhir yang didengari dari anak bongsunya daripada dua beradik itu adalah, “Adik sayang mama sangat-sangat”.

Kali terakhir dia berhubung dengan mangsa sehari sebelum anaknya menjalani pembedahan usus dan hempedu di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan 24 Julai lalu.

“Sebelum meletakkan telefon dia berkata, “Adik sayang mama sangat”. Arwah rapat dan manja dengan saya. Kalau balik rumah saya, dari jauh lagi “Mama, mama, buka pintu”.

“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya sebak.

Menurut Mahanom, Shahrul Kamal pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad sebelum menerbangkan jet persendirian.

Remy Ishak terkejut, baru berjumpa dengan Shahrul Selasa lalu

Pelakon Remy Ishak yang merupakan rakan kepada mangsa terkejut apabila menerima perkhabaran duka itu melalui WhatsApp.

Sedangkan dia baru saja berjumpa dengan Shahrul dan keluarganya Selasa lalu.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya di Mozers Shah Alam. Hari ini buka WhatsApp, dapat berita sedih ini. Saya bersimpati.

“Semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya meneruis hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuas telah berjaya menemui kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat terhempas itu dan telah dibawa ke makmal untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro, Instagram Remy Ishak

The post ‘Sebelum letak telefon dia kata, ‘Adik sayang mama sangat’, saya akan merindui segalanya mengenai arwah’ – Ibu kapten pesawat terhempas di Elmina appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar