-->

Pemandu Grab maut dalam nahas pesawat terhempas, reject penumpang sejak jam 2 petang – KPN

Pemandu e-hailing yang terbabit dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina semalam, dipercayai tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, semakan yang dilakukan dengan syarikat e-hailing berkenaan mendapati, mangsa telah menolak tempahan penumpang sejak jam 2 petang.

Kereta pemandu Grab sebelum kejadian | Sumber gambar: Instagram Careta Malaysia

“Pemandu kereta (e-hailing) itu sebenarnya telah menolak tempahan penumpang dari jam dua petang. Kita sudah semak dengan pihak Grab dan mangsa memang menolak tempahan penumpang.

“Jadi kita mengesyaki bahawa mangsa hanya bersendirian sahaja,” katanya dalam sidang media hari pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu keputusan laporan ujian DNA yang dijalankan terhadap cebisan mayat yang ditemui.

Keadaan kereta mangsa selepas nahas | Sumber gambar: Instagram Careta Malaysia

SKMM gesa orang ramai berhenti sebar gambar/video mangsa nahas

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang ramai tidak menyebarkan gambar atau video mangsa kejadian di media sosial.

Ini kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Perkongsian gambar atau video mangsa nahas bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” katanya.

Sumber: Twitter, Harian Metro

The post Pemandu Grab maut dalam nahas pesawat terhempas, reject penumpang sejak jam 2 petang – KPN appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar