-->

‘Last warning! Awak jangan cabar saya’ – Ah Long simbah cat merah tetapi tersilap sasaran, penyewa baru pula yang menjadi mangsa

Seorang wanita terkejut apabila rumah sewa yang baru didiaminya bersama beberapa rakan di Semenyih, disimbah dengan cat merah yang disyaki dilakukan oleh pengutip hutang atau Ah Long.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rozanah, melalui hantarannya di Facebook group Penduduk Semenyih berkata, dia turut menerima sekeping nota ugutan daripada individu terbabit. Namun bukan ditujukan kepadanya.

“Kejadian ini baru pertama kali kami alami. Hampir tidak bernafas dibuatnya. Kami baru berpindah di Villa Impiana ini bulan Mei lalu. Rumah kami disimbah dengan cat merah bersama nota ugutan.

“Kepada orang yang melakukan perbuatan ini saya ingin memaklumkan bahawa kamu terslaah orang. Sebab orang yang kamu cari itu adalah bekas penyewa rumah ini.

“Kami penyewa baharu yang tiada kena mengena dengan orang yang kamu cari,” katanya.

Berdasarkan gambar, bahagian dinding depan, pagar, lantai dan belakang kereta mangsa disimbah dengan cat merah.

Nota ugutan yang disertakan itu ditujukan kepada penghutang bernama Mohd Faizal, berusia 33 tahun.

“Last warning. Jika masih tak nak settlekan hutang, awak jangan cabar saya. Jangan sampai saya bakar rumah awak!”

Bimbang dengan kselamatan diri, Rozanah segera membuat laporan polis. Dalam masa sama berharap individu yang berhutang dengan Ah Long itu tampil menyelesaikan hutangnya agar mereka tidak lagi diganggu.

“Kenapa kami jadi mangsa sehingga kami hidup dalam ketakutan? Kepada yang mengenai penama tersebut, tolong selesaikan masalah kamu. Jangan libatkan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Kami ini perantau yang mencari rezeki di tempat orang. Kami tak sanggup hidup dalam ketakutan, walhal bukan salah kami,” katanya.

The post ‘Last warning! Awak jangan cabar saya’ – Ah Long simbah cat merah tetapi tersilap sasaran, penyewa baru pula yang menjadi mangsa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar