Seperti sedia maklum, kemudahan parkir awam di mana-mana tempat sangat padat lebih-lebih pagi di parkir awam hospital mahupun klinik kesihatan.
Sesetengah individu tentunya berasa geram dengan tindakan segelintir pemandu yang meletakkan kereta mereka secara bertindih sehingga menghalang laluan keluar.
Namun begitu, pengalaman yang dilihat oleh lelaki ini di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sangat meruntun hati.
Ketika mahu mengundurkan keretanya, kelihatan sebuah kereta kancil berada di belakang keretanya dan menyukarkan untuknya keluar dari situ.
“Aku nak undur kereta, tapi tak sampai hati nak hon Pakcik ni,” katanya.
Melalui video kamera kereta, dia melihat lelaki warga emas itu sedang menyuap makanan.
“Rupanya Pakcik tu tengah makan dalam kereta.
“Mungkin dia penat menunggu di hospital sampai makan pun tak sempat. Jadi, aku tunggu Pakcik ni habis makan, lepas tu baru aku suruh dia alihkan kereta,” tulisnya.
Tindakan lelaki ini dipuji ramai netizen dengan sikap kesabaran beliau walaupun dikatakan ketika itu dia sudah terlambat untuk pergi bekerja.


Sumber: TikTok Hazam Razali
The post ‘Tak sampai hati nak hon pakcik ni’ – Lelaki ini sayu melihat warga emas makan seorang diri dalam kereta appeared first on The Reporter.