-->

Lelaki panik, mentol tersangkut dalam mulut selama 2 jam selepas sahut cabaran pelik di media sosial

Padah menyahut cabaran bodoh di media sosial, seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke bilik kecemasan Hospital Zhejiang dalam keadaan mentol tersumbat di dalam mulutnya.

25 Julai lalu, anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Yuyao berdepan dengan satu kes yang tidak pernah berlaku. Lelaki yang dikenali sebagai Chen, datang meminta bantuan mereka.

Chen cuba menjelaskan mengenai apa yang berlaku, namun suaranya tidak begitu jelas. Selepas membuka pelitup muka, rupa-rupanya sebiji mentol tersumbat di dalam mulutnya.

Malangnya tugasan itu terlalu berisiko untuk dilakukan. Selepas memeriksa keadaannya, bomba cuba mengeluarkan mentol tersebut. Tetapi terlalu sukar kerana bimbang sekiranya mentol itu pecah dan serpihan kaca akan mencederakan mulut mangsa.

Bomba kemudian menghantar Chen ke Hospital Yuyao. Memandangkan Chen tidak dapat membuka mulutnya dengan lebih luas bagi mengeluarkan mentol itu, sepasukan doktor mengambil keputusan untuk membuka rahang mulutnya menggunakan alatan khas.

Akhirnya atas usaha doktor, Chen berjaya mengeluarkan mentol tersebut.

Menurut Chen, mentol itu telah tersumbat di dalam mulutnya kira-kira dua jam. Percubaannya untuk mengeluarkan objek itu gagal selepas dia tidak dapat membuka mulutnya dengan lebih luas dan mentol tidak berjaya melepasi giginya.

Hal itu menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk menelan dan bercakap, lalu mencari bantuan pihak yang lebih arif.

Ditanya mengenai tindakannya memasukkan mentol ke dalam mulut. lelaki berusia pertengahan tahun itu berkata, dia pernah melihat seseorang melakukannya di media sosial.

Atas dasar ingin tahu, dia juga cuba melakukannya. Meskipun mentol berjaya dimasukkan, tetapi objek itu gagal dikeluarkan semula.

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki panik, mentol tersangkut dalam mulut selama 2 jam selepas sahut cabaran pelik di media sosial appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar