-->

Tak endah teguran & nasihat, Masya Masyitah upload gambar baharu undang perhatian netizen

Penyanyi muda, Masya Masyitah, dilihat tidak mempedulikan kata-kata yang dilemparkan ke atasnya selepas dia bertindak memuat naik gambar dirinya tidak lagi bertudung.

Walaupun sudah ditegur oleh rakan artis, pendakwah bebas dan juga netizen, terbaharu Masya memuat naik pula gambarnya memakai pakaian denim sehinggakan telah menampakkan bahagian perut dan kaki.

“Dua jalan untuk gembira, ubah keadaan dan juga pemikiran,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Ekoran daripda gambar-gambar tersebut, netizen mula berasa kecewa dengan sikap Masya dan ada yang mula bertindak untuk tidak lagi mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Maaf, terpaksa unfollow kamu. Dulu saya suka follow kamu sebab kamu cantik, manis bertudung, pandai masak, bijak. Tapi itu la Allah uji bila dia senang dan kaya. Moga kamj kembali ke pangkal jalan dan bertaubat,” kata Sakurana.

“Kamu tak boleh ubah perintah Allah, tapi kamu boleh ubah cara bagaimana kamu berfikir,” komen IzzatFirdaus.

Namun begitu, masih ramai yang mendoakan agar Masya berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: Instagram Masya Masyitah

The post Tak endah teguran & nasihat, Masya Masyitah upload gambar baharu undang perhatian netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar