-->

Suami pujuk isteri jual dirinya kepada lelaki hidung belang untuk sara kehidupan mereka

Mengakui terdesak dengan masalah kewangan, seorang lelaki berusia 26 tahun tergamak menjual isterinya sendiri untuk melayani nafsu lelaki hidung belang di Daerah Jayapura, Papua, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Jayapura, Fredrickus WA Maclarimboen berkata, kes itu terbongkar selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran di salah sebuah hotel di daerah itu.

Difahamkan pada awalnya pasangan itu datang ke daerah tersebut sejak 7 Jun 2023 dengan niat mahu membuka perniagaan membaiki telefon bimbit.

Namun, niat itu tidak kesampaian di mana si suami memujuk isterinya untuk menjual diri kepada lelaki hidung belang.

“Mangsa hanya mengikuti kemahuan suaminya kerana terdesak dengan masalah kewangan yang dihadapi,” katanya.

8 Julai 2023, pasangan itu ditangkap dan beberapa barangan bukti seperti telefon bimbit dan kondom turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah ditahan dan akan didakwa mengikut Akta Kekerasan Seksual dan Pemerdagangan Orang. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun,” katanya.

Sumber: Kompas

The post Suami pujuk isteri jual dirinya kepada lelaki hidung belang untuk sara kehidupan mereka appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar