-->

Suami isteri nekad jual bayi berusia 8 bulan untuk beli iPhone 14, rakam video ketika melancong

Sepasang suami isteri yang tidak berhati perut di India telah ditahan kerana menjual bayi mereka berusia lapan bulan. Semata-mata mahu membeli iPhone 14 untuk membuat ‘reels’ semasa melancong.

Minggu lalu, media tempatan melaporkan kes yang membabitkan pasangan terbabit yang begitu obses dengan alat peranti keluaran Apple, sehingga sanggup menjual anak sendiri untuk mendapatkannya.

Gerak geri pasangan Jaydev dan Sathi Ghosh mula menarik perhatian jiran apabila mereka kerap melancong dan seringkali menayangkan iPhone 14 yang dimiliki.

Sedangkan pasangan itu diketahui tidak mempunyai pendapatan bulanan yang stabil dan kerap menghadapi masalah kewangan.

Perubahan drastik itu tidak masuk akal, lebih-lebih lagi anak lelaki mereka yang berusia lapan bulan sudah lama tidak kelihatan. Dan Jaydev dan Sathi langsung tidak menunjukkan rasa bimbang.

Jiran yang prihatin kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan bayi berkenaan selepas mereka gagal mendapatkan jawapan daripada pasangan itu tentang kehilangan mangsa secara mengejut.

Ketika disoal siasat, Sathi mengaku bayinya telah dijual kepada seorang wanita. Mereka berbuat demikian kerana mahu membeli iPhone 4 dan membuat rakaman video semasa melancong di dalam negara.

Selepas berjaya menjual bayi itu, pasangan muda berkenaan didakwa cuba menjual anak perempuan mereka berusia tujuh tahun. Tetapi percubaan itu tidak berjaya. Polis berjaya menyelamatkan mangsa yang ditemui di rumah salah seorang penduduk di daerah yang sama.

Jagdev dan Sathi ditahan polis dan akan didakwa mengikut akta anti pemerdagangan manusia.

Sumber: Indian Express

The post Suami isteri nekad jual bayi berusia 8 bulan untuk beli iPhone 14, rakam video ketika melancong appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar