-->

Seriuslah aplikasi gaya hidup tawar Pakej Rahmah? Jimat sampai 28% tu dengan Pakej Rahmah ZCITY. Wow!

Sejak mula diperkenalkan awal tahun ini, inisiatif Payung Rahmah telah memberi impak kepada banyak pihak terutama mereka yang kurang berkemampuan.

Menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneroka lebih banyak kaedah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan meringankan beban rakyat, ZCITY yang merupakan aplikasi gaya hidup terkemuka negara hadir dengan Pakej Rahmah ZCITY.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh membeli baucar pada harga diskaun dan kemudian menebusnya secara digital.

Apa itu ZCITY?

Untuk pengetahuan, ZCITY ini merupakan satu aplikasi yang menjadi platform rebat segera dan menawarkan pulangan tunai. Paling menarik, pengguna boleh menikmati ganjaran hanya dengan berbelanja atau buat pembayaran atas talian.

Bila ada banyak aplikasi pun pening juga kan?

Dengan ZCITY, pengguna tak perlu bimbang kerana ia boleh menjadi aplikasi sehenti yang menawarkan pelbagai ganjaran walaupun menggunakan kaedah e-pembayaran yang berbeza.

Tak perlu nak simpan kad kredit atau tambah nilai apabila menggunakan ZCITY. Sebaliknya, pengguna boleh terus daftar keluar menggunakan pembayaran yang diinginkan seperti Touch’n Go, Boost, GrabPay, FPX, kad kredit dan sebagainya.

Nikmati penjimatan 28% dengan Pakej Rahmah ZCITY

Nak berbelanja dengan lebih jimat? Jom beli Pakej Rahmah ZCITY.

Dengan Pakej Rahmah ZCITY, pengguna boleh membeli e-Baucar bernilai RM70 pada harga RM50 sahaja.

e-Baucar ini pula boleh digunakan untuk pelbagai keperluan, seperti isi minyak kenderaan, beli makanan, barangan runcit dan selesaikan bil bulanan untuk perkhidmatan, termasuk telekomunikasi, langganan TV, utiliti dan banyak lagi. Menarik kan?

Untuk pembaca yang tiada aplikasi ini atau tak tahu cara nak beli Pakej Rahmah ZCITY. Ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Muat turun dan daftar aplikasi ZCITY
Langkah 2: Klik ikon “Rahmah” di Halaman Utama
Langkah 3: Kemudian klik ikon baucar “Rahmah” untuk meneruskan langkah seterusnya
Langkah 4: Pilih e-Baucar yang anda ingin beli dalam setiap bahagian (Seksyen 1,2,5 adalah: wajib)
Langkah 5: Teruskan pembayaran dengan kaedah pembayaran pilihan anda
Langkah 6: Berjaya dibeli

Apa kelebihan ZCITY berbanding aplikasi gaya hidup yang lain?

Kelebihan ZCITY mestilah daripada ganjaran yang ditawarkan.

Apabila mendaftar sahaja, pengguna akan menerima menerima ganjaran segera bernilai RM3 termasuk diskaun eWallet RM1 dan diskaun 200 Zcoin (bernilai RM2).

Zcoin

Zcoin ini merupakan ganjaran maya rasmi, dimana dengan setiap RM1 transaksi pembayaran menggunakan ZCITY, pengguna akan mendapat 1 Zcoin. Koin ini pula boleh digunakan sebagai tukar ganti diskaun.

e-Baucar

Selain itu, pengguna juga boleh dapat e-baucar daripada jenama besar yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian petrol, membeli-belah, pin tambah nilai, makanan, pengangkutan, pin permainan dan sebagainya.

Bayar bil

Nikmati diskaun sehingga 5 peratus dengan aplikasi ZCITY apabila membuat pembayaran bil elektrik, bil air, langganan TV, prabayar dan pascabayar, kutipan sewa, saman dan taksiran cukai.

Jom Reward

Beli “Jom Reward” melalui ZCITY untuk memperoleh Zcoin pada setiap RM yang dibelanjakan dalam portal bersama rakan kongsi (Klook, Shopee, MAS, Zalora, Watsons). Hanya perlu klik ikon “Jom Reward” di laman utama.

Pilih platform pilihan dan pengguna akan dinavigasi ke tapak web rakan kongsi. Pengguna akan menerima Zcoin apabila pesanan dalam tapak web rakan kongsi berjaya. Sebagai contoh, jika pengguna membelanjakan RM105 di Shopee melalui Jom Reward, maka pengguna akan memperoleh 105 Zcoin.

ZStore

Beli-belah dan terokai pelbagai jenis baucar makanan daripada jenama besar pada harga yang lebih murah seperti llao llao, Tealive, Baskin Robbins, Dunkin, Family Mart dan sebagainya. Zstore juga menawarkan produk fizikal seperti makanan sejuk beku, kesihatan, makanan ringan dan barangan runcit.

Zmember

Langgan pelan langganan untuk membuka kunci lebih banyak ganjaran. Pakej semasa yang ditawarkan ialah RM99 dan RM199.

Tazte (untuk peniaga luar talian)

Sistem Point of Sale (POS) F&B yang inovatif mendigitalkan perniagaan konvensional
dengan penyelesaian automatik sehenti. Pengguna boleh melawati peniaga yang mengambil bahagian di Tazte dengan menggunakan sistem Tazte untuk menikmati diskaun dan mengumpul Zcoin pada setiap pesanan makanan.

Menarik kan aplikasi ZCITY ini? Menyesal pula tak tahu daripada awal.
Untuk info lanjut dan info mengenai ZCITY, layari https://zcity.io/.

The post Seriuslah aplikasi gaya hidup tawar Pakej Rahmah? Jimat sampai 28% tu dengan Pakej Rahmah ZCITY. Wow! appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar