-->

‘Kereta baru beli tapi breakdown 2 kali, service manager pula lepas tangan & cabar buat laporan polis’ – Pengadu

Seorang wanita membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat pengedar kereta nasional kerana kecewa dengan kereta yang baru dibelinya mengalami masalah di hari pertama digunakan di atas jalan raya.

Pengadu berkata dia sempat memandu uji kereta itu di kawasan berdekatan dan segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi selepas selesai menandatangani segala dokumen dengan jurujual, baru sahaja hendak memandu keluar dari pusat pameran, enjin kereta tiba-tiba terpadam sendiri.

Dia kemudiannya meminta mereka memeriksa keadaan kereta. Setelah diperiksa oleh juruteknik, masalah enjin terpadam berpunca daripada masalah kecil dan ia telah pun diselesaikan.

Enjin kereta terpadam buat kali kedua

Lega mendengar jawapan itu, pengadu yang ditemani oleh kakak dan abangnya meneruskan perjalanan ke kedai milik kenalan abangnya untuk memasang filem penapis haba/cahaya (tinted).

15 minit kemudian, enjin kereta sekali lagi terpadam di tengah jalan. Pengadu cuba menghubungi pihak berkenaan untuk meminta bantuan. Malangnya, data kenderaan pengadu tiada dalam sistem dan bantuan tidak dapat diberikan.

“Saya call minta bantuan trak penunda tetapi mereka kata kereta saya tiada dalam sistem untuk dibantu. Call pihak insurans juga kata tiada dalam sistem. Jadi, apa saya boleh buat? Kedua-dua pihak beritahu perkara yang sama,” katanya.

Pengurus cabar buat laporan polis & Tribunal Pengguna

Selain itu, pengadu juga mendakwa pihak pengurusan syarikat berkenaan tidak profesional dan tidak beradab serta tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian itu yang jelas sekali bukan berpunca daripadanya..

“Kita salahkan bantuan susah sangat nak dapat. Tambahan, semasa kereta itu breakdown buat kali pertama, kenapa tak buat pemeriksaan menyeluruh? Claim kereta dah okay bagai,” kata pengadu.

Dalam masa sama, pengadu terkilan dengan sikap pengurus syarikat itu yang didakwa mencabarnya membuat laporan terhadap pihak berwajib berhubung kejadian tersebut.

“Saya bersyukur kereta hanya mati enjin pada masa itu, bukannya kemalangan. Alhamdulillah juga pada masa tiada kereta lain yang melanggar bahagian belakang kereta saya. Punah weh kalau kemalangan, tiba-tiba pihak insurans kata kereta kita tiada dalam sistem.

“Insurans telah diisukan pada 27hb tau, Sabtu 29hb patutnya dah ada,” katanya yang sehingga ke hari ini masih menunggu kes itu diselesaikan.

Sumber: Twitter

The post ‘Kereta baru beli tapi breakdown 2 kali, service manager pula lepas tangan & cabar buat laporan polis’ – Pengadu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar