-->

Polis sahkan ucapan Fahmi Fadzil di masjid tidak berkaitan dengan kempen politik, buru individu sebar fitnah

Ahad lalu, tular di media sosial dakwaan yang mengatakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkempen di Masjid Nurul Yaqin, Rawang, Selangor.

Bagaimanapun, Fahmi tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia sebenarnya singgah untuk solat Zohor di masjid tersebut yang berdekatan dengan lokasi program dihadirinya.

Selepas selesai, kariah masjid telah menjemputnya untuk mengulas sedikit tentang isu Kumpulan 1975.

Hal itu mengundang beberapa pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Hasil siasatan polis mengesahkan tiada sebarang unsur kempen yang dilakukan oleh Fahmi. Penelitian terhadap rakaman video berdurasi 21 minit berhubung ucapan Fahmi adalah jelas mengenai penerangan berkaitan Kumpulan 1975 sahaja.

Polis juga telah mendapatkan keterangan daripada lapan saksi yang hadir bersama ketika Fahmi memberi penerangan mengenai perkara itu.

Polis kini sedang mengesan individu yang menyebarkan video tersebut di media sosial kerana memfitnah. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, Fahmi juga dilaporkan sedang mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap individu yang telah memfitnahnya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

The post Polis sahkan ucapan Fahmi Fadzil di masjid tidak berkaitan dengan kempen politik, buru individu sebar fitnah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar