-->

‘Dia pertahankan diri, bukan melakukan jenayah’ – Mahkamah bebaskan wanita yang potong alat sulit teman lelakinya

Mahkamah Negeri Sibolga, Indonesia, hari ini membebaskan, Adi Siska Telaumbanua, 28, yang didakwa memotong alat sulit teman lelakinya, Otomasi Gulo, 28, pada 25 Februari 2023 di sebuah hotel.

Panel Hakim yang diketuai oleh Grace Martha Situmorang berkata, walaupun Siska terbukti melakukan perbuatan itu seperti mana yang didakwa, namun hakim berpendapat bahawa hal itu bukan jenayah. Sebaliknya Siska hanya bertindak untuk mempertahankan diri.

Hakim memerintah agar Siska segera dibebaskan dari penjara. Keputusan yang dibuat itu berbeza dengan tuntutan pendakwa raya yang mencadangkan tertuduh dipenjara 3 atau 5 tahun penjara.

Februari lalu, Siska dan Otomasi menginap di sebuah hotel di daerah berkenaan. Selepas selesai mandi, Otomasi menyatakan hasratnya untuk melakukan hubungan intim. Tetapi Siska menolak ajakannya itu.

Berang permintaannya tidak ditunaikan, Otomasi mengambil pisau lalu mengancam akan mencederakan Siska, serta menyebarkan video intim mereka berdua.

Berlaku pertengkaran di antara mereka yang berakhir dengan Siska merampas pisau itu lalu memotong alat sulit Otomasi.

Terkejut dengan tindakan Siska, Otomasi terus mengalah dan meminta Siska segera menghubungi kakitangan hotel untuk mendapatkan bantuan ambulans.

Sumber: Detik

The post ‘Dia pertahankan diri, bukan melakukan jenayah’ – Mahkamah bebaskan wanita yang potong alat sulit teman lelakinya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar