-->

Bapa sanggup bunuh anak tiri kerana mahu meraih bantuan & sumbangan daripada orang ramai

Seorang lelaki berusia 21 tahun tergamak menganiaya anak tiri berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, 28 Julai 2023, jam 5.30 petang di Desa Tamiang, Tangerang, Indonesia.

Ketika melakukan perbuatan itu, suspek mencekik dan menekup mulut mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Kemudian mangsa ditimbus ke dalam lumpur di kawasan sawah.

Bagaimanapun, mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan itu dan sempat dikejarkan ke hospital. Malangnya, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Semasa disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya yang dikatakan selalu menangis dan cerewet. Selain itu, keluarganya juga dihimpit masalah kewangan dan mahukan bantuan daripada orang ramai.

“Dia ingin mendapatkan dan mengharapkan bantuan daripada orang ramai apabila mangsa telah meninggal dunia.

“Di mana akan ada jiran-jiran yang memberi bantuan seperti beras atau wang,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Tangerang, Arif Nazzarudin.

Suspek kini ditahan polis dan akan didakwa mengikut akata perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun atau seumur hidup atau hukuman mati.

Sumber: Indo Zone

The post Bapa sanggup bunuh anak tiri kerana mahu meraih bantuan & sumbangan daripada orang ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar