-->

Suami belasah isteri sampai mati selepas mangsa mengaku 4 anak yang dilahirkan bukan darah dagingnya

Seorang lelaki berang apabila mendengar pengakuan isterinya bahawa empat anaknya yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama ini rupa-rupanya adalah anak hasil hubungan curangnya dengan lelaki lain.

Terkejut tidak terkata, hubungan rumah tangga yang dibina selama 16 tahun lalu dengan empat cahaya mata itu rupa-rupanya bukan darah dagingnya sendiri.

Gagal mengawal kemarahan yang melanda, suspek, Joni, 36, bertindak menganiaya isterinya, Siti Oktaviana, sehingga tidak bernyawa.

Kepala mangsa dipukul dengan objek tumpul

Mayat mangsa dibawa menaiki motosikal dan Joni sanggup menjatuhkan dirinya agar isterinya disangka mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa meninggal dunia kerana nafasnya terhenti disebabkan pelebaran saluran darah di otak yang disyaki dipukul menggunakan objek tumpul. Polis telah menahan Joni yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan isterinya.

Ketua Polis Daerah Kubu Raya (Indonesia), Heru Anggoro berkata, suspek mengaku dia berasa sakit hati dan curiga dengan mangsa yang didakwanya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Hal itu membuatkan dia nekad untuk menganiaya mangsa sehingga hilang nyawa.

Sebelum kejadian, Joni dan isterinya sedang asyik menikmati waktu berdua pada Rabu, 26 Julai lalu, jam 5.30 petang, sambil mengimbau kembali kenangan lalu, di sebuah pondok di ladang milik mereka.

4 anak yang dilahirkan bukan anak kandung suspek

Joni kemudian bertanya kepada Siti tentang rasa curiganya apakah dia benar menjalinkan hubungan dengan lelaki lain? Pada awalnya Siti tidak menjawab dan tindakannya itu mengundang kemarahan Joni bertindak menamparnya.

Siti kemudian mengakui bahawa empat anak mereka bukanlah anak kandung Joni. Siti yang tidak dapat menerima tamparan itu kemudian menyatakan hasratnya untuk bercerai. Malah dia mengancam akan melaporkan perbuatan Joni kepada pihak polis.

Kata-kata itu mengundang kemarahan Joni yang terus menumbuk mata dan juga bahagian leher kanan mangsa. Sewaktu mereka sedang bergelut di pondok itu, mangsa sempat melarikan diri dengan membawa gunting di tangan kanan.

Joni segera mengejar isterinya dan lebih 30 minit kemudian dia berjaya menangkap mangsa dari belakang. Gunting dirampas lalu ditikam di bahagian belakang punggung mangsa lebih daripada satu kali.

Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya. Suspek terus mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa.

Mangsa mengaku dipegang & dicium lelaki lain

Joni kini berdepan dengan tindakan undang-undang berkaitan keganasan dalam rumah tangga menjelaskan, dia pernah ternampak Siti bersama lelaki lain dan mereka kelihatan sangat mesra. Ditanya sama ada bersentuhan dengan lelaki itu, Siti enggan mengaku.

Persoalan yang sama berulang selama tiga hari sehingga Joni mengancam untuk menamatkan riwayatnya dengan parang, akhirnya Siti mengaku dia ada dipegang dan dicium oleh lelaki itu.

Sumber: Tribun News

The post Suami belasah isteri sampai mati selepas mangsa mengaku 4 anak yang dilahirkan bukan darah dagingnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar