-->

‘Dia marah sebab saya berak ketika waktu bekerja’ – Operator Kren diberi notis berhenti kerja, terkilan dianiaya

Seorang lelaki tidak meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook, berhubung tindakan majikan yang memberi notis pembuangan kerja dalam tempoh sebulan hanya disebabkan hal yang remeh.

Edwin Adrin, operator kren (mobile), yang berasal dari Bintulu, mengakui terkejut dengan tindakan majikan yang mahu memberhentikannya tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan tempoh kontrak yang dipersetujui adalah selama setahun.

“Ada sesiapa yang bekerja di Jabatan Buruh boleh tolong jelaskan kepada saya tentang perkara ini. Ada seorang jurutera ‘Chinaman’ nak buang saya tanpa sebab. Dia suruh saya berhenti kerja 31 Ogos ini, kira notis sebulan la.

“Tetapi mengikut perjanjian dengan syarikat itu, tempoh bekerja yang dinyatakan dalam kontrak adalah setahun. Bermula dari 12 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2023.

Sumber gambar: Edwin Adrin

“Apabila saya bertanya sebab-sebab saya nak diberhentikan, alasan yang diberi langsung tidak kukuh. Surat amaran apa semua pun tak ada,” katanya.

Menurut Edwin, pada pagi hari kejadian, dia terdahulu berselisih faham dengan jurutera terbabit yang dipercayai mendorong majikannya mengambil keputusan untuk memberhentikan dia.

“Sebenarnya pagi tadi kami berdua ada selisih faham. Dia marah-marah di tempat kerja kerana saya membuang air besar ketika waktu bekerja.

“Bila saya sudah selesai urusan yang sebelum itu, dia suruh saya cari kerja lain sebab 31 Ogos 2023 adalah hari terakhir saya bekerja. Dan notis sebulan itu bermula dari hari ini (31 Jun 2023).

“Saya terus terkedu, tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi begini,” katanya.

Justeru, Edwin meminta bantuan orang ramai yang memahami tentang undang-undang buruh untuk memberi pandangan mengenai masalah yang dihadapinya.

“Boleh ke rujuk kes ini ke Jabatan Buruh? Saya dah minta surat daripada pihak majikan untuk nyatakan sebab saya diberhentikan, tetapi mereka enggan beri kerjasama,” katanya.

Sumber: Facebook

The post ‘Dia marah sebab saya berak ketika waktu bekerja’ – Operator Kren diberi notis berhenti kerja, terkilan dianiaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar