-->

‘Orang dah minta maaf, kau nak apa lagi?!!’ – Suami tak puas hati isterinya ditegur buka pintu kuat hingga calarkan kereta orang

Tular di media sosial video pergaduhan di antara dua lelaki berpunca daripada isteri suspek yang membuka pintu kereta terlalu kuat sehingga mencalarkan kenderaan yang parkir di sebelah.

Walaupun wanita terbabit memohon maaf, tetapi dia masih menyalahkan pengadu yang memarkirkan keretanya terlalu dekat. Sedangkan pengadu yang terlebih dahulu parkir di petak tersebut.

Tidak berpuas hati melihat isterinya ditegur sedemikian rupa, si suami tampil mempertahankan isterinya dan mula menengking pengadu dan mengajaknya bertumbuk.

Dah tegur dengan nada baik tetapi…

Pengadu, Adzwan Ab Manas melalui hantaran di Facebook berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari, 31 Julai 2023 di 1120 Park Avenue, Block B1, Sunway.

“Isteri dia telah membuka pintu kereta dengan kuat sehingga mencalarkan kenderaan saya. Saya menegur isteri dia dengan nada suara yang baik. Saya tegur, boleh tak buka pintu perlahan-lahan, jangan sampai terkena kereta orang’.

“Mula-mula isteri dia berkata, ‘Oppss, sorry terkena’. Saya mula-mula dah sejuk dah tetapi ayat dia yang seterusnya membuatkan saya terpaksa menegurnya semula dengan nada suara yang rendah.

“Dia boleh sambung kata kereta saya yang parking dekat-dekat. Setahu sayalah, saya yang park kereta dahulu dan dia datang kemudian. Dia keluar kereta dan buka pintu sampai calar kereta orang. Lagipun parking punya banyak dan dia yang datang kemudian parking sanggup menyempit masuk. Tengoklah betapa samsengnya dia.

Isteri minta maaf, tapi salahkan pengadu parking dekat

“Ya, isterinya sudah minta maaf tetapi kenapa boleh salahkan saya parking dekat, sedangkan dia yang parking kemudian? Saya telah park kereta dan berada dalam kereta hampir 20 minit kerana sedang menunggu orangg dan baru dia sampai parking.

“Si suami pula tiba-tiba datang menjerit kau nak apa lagi. Eh? Kalau si isteri dah buat silap, sepatutnya sebagai suami datang mohon maaf bagi pihak isteri. Ini tidak, terus menengkingg dan menjerit-jerit.

“Saya post bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi nak menunjukkan kelakuan biadab suami isteri yang dah buat salah tetapi tunjuk samseng,” jelasnya.

Ramai yang terkena dengan jenis manusia tak beradab seperti ini

Di media sosial, rata-rata netizen kesal dengan sikap pasangan terbabit yang tidak mahu bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku. Sebaliknya memilih untuk menyalahkan pengadu tanpa sedikit pun memikirkan kesan daripada kecuaian mereka itu boleh menyebabkan pengadu terpaksa menanggung kos bagi membaik pulih calar tersebut.

“Memang sakit hati. Selalu terkena orang sebelah masuk parking, kemudian buka pintu kuat-kuat sampai langgar kereta kita. Kemudian dia buat tak tahu je. Hangin satu badan!” kata Lina Lee.

“Banyak kali dah kena kes yang sama. Hati sabar je tak nak bergaduh. Tapi nak buat macam mana, habis Mini Copper kita tersumbing dikerjakan dengan golongan pemikiran dengki tengok kereta orang cantik,” kata Iman.

Sumber: Facebook

The post ‘Orang dah minta maaf, kau nak apa lagi?!!’ – Suami tak puas hati isterinya ditegur buka pintu kuat hingga calarkan kereta orang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar