-->

Warga emas disaran sertai Geng Marhaban, elak masalah nyanyuk, anxiety & kemurungan

“Selamat pengantin baru, kami ucapkan, dipanjangkan jodoh….” Beberapa minggu lalu, bait-bait lagu marhaban ini ‘menghantui’ pengguna media sosial terutamanya pengguna aplikasi TikTok.

Lagu marhaban ini mula jadi perhatian apabila sekumpulan warga emas sedang mendendangkan alunan marhaban ini ketika di sebuah majlis perkahwinan. Alunan lagu tersebut kemudiannya menjadi parodi pengguna TikTok.

Public Health Malaysia mendedahkan, penyertaan warga emas dalam program marhaban sangat memberikan manfaat. Oleh yang demikan, warga emas sangat disarankan untuk menyertai aktiviti sebegini.

“Menyertai kumpulan marhaban bagi golongan seusia sangat bermanfaat terutamanya bagi warga emas.

“Apabila berkumpul, ia dapat mengurangkan rasa keseorangan, kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua,” katanya.

Selain itu, penyertaan dalam kumpulan ini dapat mewujudkan satu hubungan jaringan sosial yang secara tidak langsung dapat menambahkan pengalaman dan meningkatkan kesihatan diri.

“Saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” tulisnya.

Sumber: Public Health Malaysia

The post Warga emas disaran sertai Geng Marhaban, elak masalah nyanyuk, anxiety & kemurungan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar