-->

Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki didera berikutan penemuan kesan lebam di seluruh badan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditemui tidak bernyawa, disyaki telah didera dalam kejadian di sebuah rumah di Assam Kumbang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pegawai perubatan yang datang ke lokasi mengesahkan kematian mangsa.

Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak juga telah dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Difahamkan, mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik yang tinggal bersama dengan ibu dan teman lelakinya.

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun itu dikatakan mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian.

Siasatan lanjut turut mendapati mangsa telah didera semenjak bulan Mac 2023.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan-kesan lebam di kaki, badan dan muka telah dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa dan teman lelakinya telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Online

The post Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki didera berikutan penemuan kesan lebam di seluruh badan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar