-->

Sengaja brek mengejut & aniaya penunggang motosikal, lelaki dipenjara 2 hari, denda RM6,000 & lesen memandu digantung 5 tahun

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua hari ke atas seorang pemandu kereta yang tular baru-baru ini kerana melakukan brek mengejut sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh.

Tertuduh juga dikenakan denda sebanyak RM6,000 selain lesen memandunya digantung selama lima tahun. Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Ching Hong, 26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang pemandu sebuah kereta jenis Lexus LS460L telah memandu secara berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur sekitar jam 9.19 pagi di pada 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda yang boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan serta kesalahan akan dimasukkan pada lesen memandu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir memohon agar tertuduh dikenakan hukuman denda maksimum dengan mempertimbangkan faktor tertuduh yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon hukuman denda yang ringan disebabkan faktor perlu menanggung keluarga selain menyesal akan tindakannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

@malaysiagazette

Seorang pemandu Lexus dijatuhi hukuman penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas menyebabkan kemalangan seorang penunggang motosikal. Tertuduh, turut dikenakan hukuman denda RM6,000 dan lesen memandunya digantung selama lima tahun. Video: Sosial Media #malaysiagazette #mgnews #jalanraya #pemandulexus #hukumpenjara #mahkamahmajistret

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏🇮🇩 𝐄𝐯𝐚𝐧 🦏

Terdahulu, satu video tular memaparkan sebuah kereta memberhentikan kereta secara mengejut di hadapan penunggang motosikal menyebabkan penunggang motosikal terjatuh.

Sebelum kejadian berlaku, penunggang motosikal dilihat telah membuat isyarat tangan meminta pemandu kereta itu memperlahankan kenderaan.

Sumber: Malaysia Gazettte

The post Sengaja brek mengejut & aniaya penunggang motosikal, lelaki dipenjara 2 hari, denda RM6,000 & lesen memandu digantung 5 tahun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar