-->

‘Saya tak guna pun RXZ, 125Z, Y15, hutang saman bukan seperti sistem barter’ – Hidayah enggan terima cara pembayaran hutang saman Ali Puteh

Siti Norhidayah Mohd Ali menolak cara adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh, membayar hutang saman berjumlah RM76,000 menggunakan aset seperti motosikal.

Menurut Hidayah, perintah mahkamah sudah cukup jelas bahawa saman itu perlu dibayar dalam bentuk wang dan disebabkan itu dia menolak pembayaran Ali menggunakan aset.

“Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit. Bukan barang atau selain daripada itu,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelas Hidayah, adalah tidak wajar pembayaran hutang saman dibuat dalam bentuk pemberian motosikal Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Sedangkan dia tidak menggunakan kenderaan tersebut.

Sebaliknya, Hidayah menyarankan Ali menjual tiga aset tersebut dan hasil jualannya diberikan terus kepadanya. Bukannya cuba menggunakan sistem barter untuk menyelesaikan hutang tesebut.

Semalam, Hidayah juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang susulan berikutan adik iparnya itu dilihat tidak memandang serius dengan perkara itu. Walaupun sebelum ini dia telah memberi peluang kepada adik arwah suaminya untuk berbuat demikian.

Tindakan undang-undang itu dibuat bagi menggesa Ali membayar hutang saman itu secepat mungkin dan dia enggan terbabit dengan sebarang masalah dengan Ali selepas perkara itu diselesaikan.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Saya tak guna pun RXZ, 125Z, Y15, hutang saman bukan seperti sistem barter’ – Hidayah enggan terima cara pembayaran hutang saman Ali Puteh appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar