-->

Murid cedera dilanggar motosikal ketika melintas jalan di hadapan sekolah di Padang Matsirat

Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun cedera dilanggar motosikal semasa melintas jalan di hadapan sekolahnya pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.58 petang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, Langkawi.

Siasatan awal mendapati, mangsa dan kakaknya dihantar oleh ibu mereka yang berhenti di bahu jalan bertentangan.

Kakak mangsa yang berusia 14 tahun kemudian menemani dan memimpin tangan adiknya keluar dari kereta dan melintas jalan.

Malangnya belum sempat melintas sepenuhnya, datang sebuah motosikal yang tidak memperlahankan kenderaannya menyebabkan mangsa yang tergamam dilanggar lalu terjatuh di atas jalan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dahi, dagu dan siku tangan kanan, telah dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Matsirat untuk mendapatkan rawatan.

Video dashcam daripada saksi berdekatan juga tular di media sosial yang jelas menunjukkan mangsa telah dilanggar oleh motosikal terbabit.

Para pengguna jalan raya diingatkan untuk memperlahankan kenderaan apabila memandu di kawasan sekolah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Sumber: Sinar Harian

The post Murid cedera dilanggar motosikal ketika melintas jalan di hadapan sekolah di Padang Matsirat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar