-->

‘Yang penting, tiada unsur paksaan’ – KJ, Nik Omar, Perkim tampil pertahankan tindakan Anwar Ibrahim Islamkan pemuda di Klang

Anwar Ibrahim mengislamkan pemuda India di Klang

Baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang lelaki berbangsa India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Klang, Hushim Salleh berkata, beliau yang meminta Anwar berbuat demikian.

“Pada hari berkenaan, Anwar pergi menziarahi waris mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina. Semasa itu perdana menteri datang solat Jumaat di masjid berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Yang memohon supaya perdana menteri syahadahkan adalah saya. Jadi, janganlah cakap bukan-bukan di luar sana, buat dosa saja” katanya.

Ada pihak yang tidak berpuas hati

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak termasuk Yayasan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Presiden GHRF, Shashi Kumar berkata, Anwar gagal mengambil kira sensitiviti orang bukan Islam. Manakala KLSCAH pula berpendapat, Anwar tidak wajar mengislamkan individu daripada kaum lain.

Seorang lagi aktivis, Arun Dorasamy juga tidak berpuas hati. Malah dia meminta pengundi India di Parlimen Pulau dan DUN Simpang tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil 12 September ini. Sebagai tanda protes masyarakat India terhadap Anwar.

“Saya mulakan gerakan dengan menyeru pengundi India boikot PH-BN. Ini tidak bermakna saya meminta pengundi India sokong PN,” katanya sebelum dipanggil polis untuk memberi keterangan ekoran kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim.

KJ & Nik Omar Nik Aziz pertahankan tindakan Anwar

Sementara itu, bekas menteri UMNO, Khairy Jamaluddin, tampil menyokong dan mempertahankan tindakan Anwar. Malah menurut pandangan yang diperolehinya daripada bekas mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad berkata, mana-mana orang Islam boleh membantu seseorang yang ingin memeluk Islam secara sukarela.

“Saya juga akan melakukan perkara yang sama jika ada orang mendekati saya (dan meminta berbuat demikian,” katanya.

Turut memberi pandangan yang sama, Nik Omar Nik Aziz, bahawa perbuatan terpuji itu tidak perlru diperbesarkan kerana pengislaman itu berlaku tanpa paksaan.

“Yang penting tiada unsur paksaan, keinginan itu lahir dari setiap individu yang ingin kembali kepada fitrahnya,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

The post ‘Yang penting, tiada unsur paksaan’ – KJ, Nik Omar, Perkim tampil pertahankan tindakan Anwar Ibrahim Islamkan pemuda di Klang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar