-->

‘Saya terpaksa pakai lampin, trauma tengok pisau’ – Suami tuntut gantirugi RM167K dari isteri yang potong alat kelaminnya

Seorang lelaki berusia 20 tahun menuntut isterinya membayar ganti rugi Rp550 juta (RM167,00) untuk digunakan bagi membiayai kos rawatan dan perubatan di luar negara setelah alat kelaminnya dipotong oleh wanita berkenaan.

Tuntutan itu dibuat melalui perbicara di Mahkamah Solo, Indonesia di mana mangsa meminta ganti rugi Rp50 juta untuk kos rawatan dan Rp500 juta bagi kos perubatan di luar negara.

Peguam yang mewakili mangsa, Aji Mastoto menjelaskan, anak guamnya perlu menjalani rawatan perubatan selama setahun dan memerlukan wang tersebut untuk menjalani operasi transplant alat kelamin di Filipina kerana disebabkan kejadian yang lalu telah menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal.

Pada ketika ini mangsa terpaksa menggunakan lampin pakai buang kerana tidak mampu menahan kencing. Malah sehingga kini mangsa masih trauma dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi apabila dia ternampak pisau.

“Masuk ke dapur pun takut sebab ada pisau di situ yang menyebabkan dia trauma,” katanya.

Bagaimanapun peguam defendan, Asri Purwanti membantah tuntutan itu yang dianggap keterlaluan kerana anak guamnya telah dipenjara dan sedang menjalani hukuman penjara.

Terdahulu, si isteri yang dikenali sebagai ‘YC’, 34, bertindak memotong alat kelamin mangsa di sebuah rumah penginapan kerana kecewa dengan suaminya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dan boleh dikenakan hukuman penjara paling lama lima tahun.

Sumber: Detik

The post ‘Saya terpaksa pakai lampin, trauma tengok pisau’ – Suami tuntut gantirugi RM167K dari isteri yang potong alat kelaminnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar