-->

Premis Zaitoun viral kena joget sebelum makan telah disita DBKL

Pelbagai cara yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan jualan. Tidak hanya bergantung pada media sosial semata-mata, mereka juga ada cara tersendiri untuk menarik pelanggan.

Kedai berasaskan pemanis mulut yang terletak di Bukit Bintang menjadi tular sebelum ini apabila pelanggan dikehendaki menari terlebih dahulu mengikut alunan muzik sebelum dapat menikmati pemanis mulut yang dibeli.

Pelbagai aksi pelanggan yang dirakamkan sehinggakan ada yang mendapat tepukan gemuruh orang ramai. Namun, tidak kurang juga yang dikecam gara-gara penampilan tidak seiring dengan pelakuan dan tindakan.

Baru sahaja tular, khabarnya premis berkenaan telah disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi komen di TikTok, dikatakan premis berkenaan disita kerana tidak mempunyai permit yang sah.

@chientaanies

Alamak dah kena sita ke ais zaitoun ni #dbkl

♬ original sound – Dela – Dela

Netizen turut mempersoalkan tanggungjawab pihak DBKL yang hanya bertindak apabila isu menjadi tular sedangkan premis berkenaan dipacak di tengah-tengah bandar.

Menerusi perkongsian di TikTok itu juga, kelihatan premis Zaitoun berkenaan sudah dililit dengan tali kawalan penguatkuasaan DBKL.

Tinjauan di akaun TikTok Zaitoun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai tindakan DBKL. Ruangan komen di semua videonya juga telah ditutup tanpa sebab yang tidak diketahui.

Zaitoun beroperasi tanpa lesen sah

Sementara itu, DBKL mengesahkan pihaknya telah mengambil tindakan terhadap premis tersebut tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, semalam, 19 Ogos 2023.

Satu notis kompaun juga telah dikeluarkan terhadap pemiliknya mengikut UUK3 (1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah daripada DBKL.

“Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (promosi luar bangunan. Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

“Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta-merta (SEALED) di bawah Seksyen 101 (1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata kenyataan itu.

Sumber: TikTok

The post Premis Zaitoun viral kena joget sebelum makan telah disita DBKL appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar