-->

Lelaki cekik isteri sehingga mati di depan anak-anak kerana cemburu mangsa punyai ramai follower di Instagram

Seorang lelaki berusia 37 tahun di Lucknow, Uttar Pradesh, India tergamak mencekik isteri yang dikahwini sejak 15 tahun lalu, sehingga mati di depan dua anak mereka dalam kereta SUV miliknya.

Lapor Times of India, suspek dipercayai berbuat demikian kerana cemburu dengan mangsa yang mempunyai ramai pengikut di Instagram.

Polis sedang menyiasat dan meneliti akaun Instagram mangsa yang masih tertutup dalam tetapan persendirian.

Difahamkan, mangsa sebelum ini telah menyekat akses suaminya di platform berkenaan kerana berasa tidak selamat dengan kehadirannya.

Suspek percaya ada beberapa pengikut media sosial isterinya yang datang ke rumah semasa ketiadaannya. Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia berasa curiga deengan tahap kesetiaan isterinya dan mengambil keputusan untuk membunuhnya.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada pagi Ahad 13 Ogos lalu, semasa pasangan itu dan anak-anak mereka dalam perjalanan ke Rae Bareli.

Kira-kira jam 5 pagi, suspek memberhentikan keretanya dan mula bertengkar dengan mangsa. Suspek yang hilang kawalan bertindak mencekik isterinya sehingga mati dan anak-anaknya hanya sekadar mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

Selepas kejadian itu, anak-anak mangsa menangis dan suspek mengunci dirinya di dalam SUV.

“Tertuduh memiliki agensi perlancongan, manakala isterinya seorang suri rumah. Pasangan itu tinggal di Para, Lucknow bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan adik lelakinya berusia 5 tahun,” kata jurucakap polis.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan kes masih dalam siasatan.

Sumber: Wion

The post Lelaki cekik isteri sehingga mati di depan anak-anak kerana cemburu mangsa punyai ramai follower di Instagram appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar